Monday, September 10, 2018

Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN yang kantoi meng'skodeng amoi cina telahpun dipecat

Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri yang terbabit dakwaan merakam video melalui bawah skirt seorang pekerja wanita di sebuah kedai cermin mata telahpun dipecat dan dikeluarkan daripada pejabat Timbalan Menteri.

Pegawai Khas berbaju biru tua

Kejadian yang tular itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada 8 September 2018.

Dato' Mohd Azis Bin Jamman, menerusi kenyataan di laman Facebook beliau semalam, berkata beliau mengambil maklum berhubung laporan polis dan rakaman CCTV yang tular dalam media sosial membabitkan perbuatan individu yang bersamanya ketika pemeriksaan mata dijalankan.

Berikut ialah kenyataan beliau dalam laman Facebook semalam;



Kenyataan Azis Jamman di FB

Sebelum ini, seorang petugas wanita di kedai cermin mata membuat laporan polis selepas menyedari seorang lelaki dipercayai pegawai kepada Azis Jamman merakam video bahagian bawah skirtnya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan daripada wanita berkenaan dan sedang menyiasat kes itu.


Selain itu, status terbaru Mohd Azis dalam laman facebooknya juga menafikan kenyataan oleh satu pemilik laman akaun Facebook yang cuba mengaitkannya dengan isu rakaman video tersebut.

Fitnah



Penafian Azis

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon