Wednesday, September 19, 2018

Pembelian produk anti-penuaan bernilai lebih RM1 juta, Rosmah bakal didakwa?

Menurut beberapa laporan akhbar semalam, Datin Seri Rosmah Mansor, 66, dijangka akan didakwa tidak lama lagi.

Rosmah Mansor

Memetik laporan sebuah akhbar, Rosmah yang juga bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) mungkin menerima sehingga 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya berkaitan pengubahan wang haram.


Satu pertuduhan yang menarik perhatian adalah pembelian produk hormon anti-penuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat.

Produk itu dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600 peratus jika diambil secara berterusan.

Rosmah merupakan isteri kepada Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, 65, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Sebelum ini, Rosmah dan Najib pernah disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU-14 lalu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon