Saturday, September 22, 2018

[PEMILIHAN PKR] Kali pertama guna e-voting, petugas gugup sehingga berlaku kelewatan

Tags

SEBERANG PERAI - Kelewatan proses pengundian pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2018 di negeri ini berpunca daripada petugas parti itu yang gugup apabila kali pertama menggunakan sistem e-voting.

Logo PKR

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR, Ismail Yusop berkata, perkara terbabit juga berlaku setelah mereka melihat ramai pengundi yang hadir ke pusat pengundian sejak awal pagi.



"Pegawas sudah diberi latihan terlebih dahulu termasuk membuat simulasi. Mereka gugup sebab kali pertama guna sistem tersebut.

Petugas bantu pengundi. FOTO: Kosmo

"Masalah teknikal itu berlaku kerana mereka panik melihat ramai orang sehingga lupa akan prosidur yang perlu dilakukan. Jadi, ada cabang yang pemilihannya bermula lewat," katanya di sini tadi.

Proses pengundian di 13 cabang di negeri ini kini berjalan lancar setelah bermula pukul 10.30 pagi tadi dan dijangka selesai dalam tempoh tujuh jam. - K! ONLINE

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon