Sunday, September 23, 2018

Pengetua bernafsu songsang cabul dan liwat 9 pelajar pusat tahfiz sudah didakwa

Tags

PENGETUA sebuah pusat tahfiz di pinggir Kuala Lumpur yang terbabit dalam perbuatan songsang sudahpun didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, rabu lalu.

GAMBAR hiasan

Pada 13 September lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang guru yang tampil bersama-sama semua mangsa perbuatan luar tabii pengetua pusat tahfiz berkenaan.



“Sembilan pelajar pusat tahfiz itu berusia 11 hingga 16 tahun memaklumkan kepada guru berkenaan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an yang juga pengetua pusat tahfiz terbabit yang mencabul dan meliwat mangsa,” kata Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob dalam satu kenyataan, semalam.

Semalam, akhbar NSTP melaporkan seorang pemilik pusat tahfiz di pinggir ibu negara ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap penuntut berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon