Monday, September 10, 2018

Penyanyi rap Caprice menghentikan sementara acara untuk hormati azan

Tags

Seorang penyanyi rap yang tidak asing lagi dan digelar sebagai ikon Islam dalam dunia hiburan tempatan menghentikan sementara waktu ucapannya ketika azan bergema.

Ariz Ramli @ Caprice

Caprice, dikatakan membuat pengumuman acara terpaksa dihentikan sementara waktu dalam acara hiburan yang dijayakan penyanyi rap itu dan beberapa artis lain di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota baru-baru ini.

Caprice dengan spontan bertindak sedemikian untuk menghormati azan yang bergema dari masjid berhampiran sebaik saja tiba gilirannya berucap yang sudahpun masuk waktu Asar.

Semua tetamu yang hadir dikatakan terus senyap dan bersama-sama menghormati azan.

Tindakan Caprice menghentikan acara ketika azan bergema itu wajar dipuji dan dicontohi kerana semua pihak perlu menghormati sensitiviti masyarakat yang pelbagai agar keharmonian negara dapat dikekalkan.

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 29, ini bukan sahaja menceburkan diri dalam dunia hiburan tetapi turut memiliki jumlah pengikut Instagram yang ramai kerana sering memberi motivasi dan mengupas pelbagai isu semasa di media sosial.

Share jika anda rasa artikel ini menarik.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon