Thursday, September 20, 2018

Perkahwinan gadis 15 tahun dengan lelaki 44 tahun atas dasar ‘suka sama suka’

Beberapa hari lepas, negara dikejutkan lagi dengan isu perkahwinan perempuan bawah umur berusia 15 tahun dengan seorang anggota Jabatan Sukarelewan Malaysia (Rela) berusia 44 tahun di Kelantan.

Wan Azizah

Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam, perkahwinan yang melibatkan remaja itu dengan lelaki berumur 44 tahun adalah atas dasar ‘suka sama suka’.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkata, perkahwinan remaja perempuan 15 tahun di Kelantan mendapat persetujuan gadis itu.



“Kami mendapati remaja perempuan itu ialah isteri kepada seorang duda yang sudah bercerai selama empat tahun, remaja itu bukan isteri kedua,” kata Azizah kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di Putrajaya semalam.

Kenyataan Azizah itu sekaligus membetulkan laporan media sebelum ini yang melaporkan bahawa remaja itu adalah isteri kedua kepada anggota Rela tersebut.


Lelaki itu mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. 

Azizah berkata, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet berhubung usaha-usaha yang diambil untuk meningatkan perkahwinan bawah umur kepada 18 tahun.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon