Sunday, September 23, 2018

Pusat tahfiz akan ditutup jika pengetua didakwa songsang didapati bersalah

Tags

TINDAKAN tegas termasuk menutup pusat tahfiz akan diambil jika pengetua atau pemilik didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap pelajar mereka.

GAMBAR hiasan

Memetik laporan berita BH Online (23/9/2018), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz tetapi juga agama Islam.


"Jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukkan imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.

Dr Mujahid

"Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif," katanya pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di Seremban, hari ini.

Suspek juga akan dihalang untuk meneruskan pengajaran dan kembali ke pusat tahfiz itu sekiranya dibenarkan jamin oleh mahkamah sehingga kesnya selesai.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap sembilan pelajar berusia 11 hingga 16 tahun sejak beberapa bulan lalu.

Pemilik itu telahpun didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, rabu lalu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon