Sunday, September 16, 2018

Rawatan spa ikan melancarkan aliran darah dan hilangkan sel-sel kulit mati, tapi ada risikonya...

Kaedah rawatan spa ikan sebenarnya telah dipraktikkan sejak ratusan tahun yang lalu, namun ianya dipopularkan lagi oleh sebuah spa ikan yang dibuka di Jepun pada tahun 2006.

Kaedah rawatan ini kemudian berkembang dengan pantas ke seluruh dunia.

GAMBAR Hiasan. FOTO: vemale

Tetapi hasil satu penyelidikan di Amerika Syarikat yang dijalankan oleh The Health Protection Agency (HPA) seperti yang dilaporkan oleh IndiaTimes, mendapati kaedah rawatan spa ikan berpotensi menyebabkan jangkitan penyakit seperti diabetes dan psoriasis terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai immune badan yang kuat.

"Sangat penting untuk memastikan tiada sebarang luka pada kulit ketika melakukan rawatan spa ikan, kerana kulit yang luka berisiko dijangkiti bakteria berbahaya," kata Dr. Hillary Kirkbride, dari HPA.



Semalam (15/09/2018), portal berita Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita berusia 29 tahun kehilangan kelima-lima jari kaki kanan gara-gara dijangkiti sejenis kuman pemakan tulang selepas menjalani rawatan spa ikan ketika bercuti di Thailand.

Victoria Curthoys

Kejadian pada tahun 2010 itu berlaku apabila Victoria Curthoys yang berasal dari Perth, Australia mencuba rawatan popular itu yang didakwa mampu melancarkan aliran darah dan menghilangkan sel-sel kulit mati.

"Sejurus saya pulang ke tanah air, saya tidak berasa sakit menyebabkan saya tidak menyedari ada kesan luka. Namun malangnya, jangkitan kuman itu telah merebak sehingga ke dalam tulang menyebabkan doktor terpaksa memotong sebahagian jari kaki," katanya.

FOTO: kabar6.com

Sebelumnya, semasa berusia 17 tahun, ibu jari kaki kanannya terpaksa dipotong selepas dijangkiti kuman akibat terpijak kaca.

Malangnya, baki jari kakinya yang lain juga terpaksa dipotong secara berperingkat bermula tahun 2012 sehingga 2017 gara-gara doktor terpaksa mengambil masa dua tahun untuk mengesahkan jari kaki Curthoys dijangkiti kuman shewanella.

Lazimnya, bakteria shewanella mudah ditemui di dalam air, makanan dan sisa kumbahan, namun jarang menjangkiti manusia.

Sumber: Kosmo! Online & vmale

Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon