Friday, September 14, 2018

Senarai lima buah negara tanpa sebarang beban hutang dan pinjaman di dunia

Menurut data rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat 193 buah negara yang diiktiraf oleh badan dunia tersebut setakat tahun 2011. Hampir semua negara di dunia ini mempunyai sejumlah hutang, termasuk Malaysia.

Negara kuasa ekonomi utama seperti Amerika Syarikat, China dan Jepun juga mempunyai hutang yang sangat besar. Hanya sebilangan kecil negara di dunia ini yang bebas daripada hutang.

Kebanyakan negara bebas hutang merupakan negara bersaiz kecil baik dari segi keluasan mahupun bilangan penduduk.

Berikut merupakan senarai 5 buah negara bebas hutang;

1. Macau

Macau

Sebahagian daripada negara China dengan status Wilayah Pentadbiran Khas, Macau mendapat jolokan Las Vegas asia. Malah, terdapat kajian mengatakan bahawa Macau lebih besar daripada Las Vegas dari segi jumlah pendapatan.



Menurut Economist Intelligence Unit (EIU), Macau adalah negara yang paling pesat membangun di dunia. Bahasa rasmi ialah bahasa Portugis dan Kantonis. Sekitar 50 peratus penduduknya penganut agama Buddha.

2. British Virgin Islands

British Virgin Islands

British Virgin Islands merupakan British Overseas Territories (BOT) atau United Kingdom Overseas Territory (UKOTs) yang berada di bawah bidang kuasa dan kedaulatan United Kingdom.

Wilayah ini menjana pendapatan sendiri walaupun hanya sebuah pulau kecil. British Virgin Islands dianggap sebagai salah satu kawasan yang paling maju dan makmur di Kepulauan Caribbean.

3. Palau

Palau

Palau adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada lebih 500 buah pulau yang terletak di benua Micronesia di barat Lautan Pasifik. Penduduknya hanya sekitar 21,000 orang.

4. Liechtenstein



Liechtenstein

Liechtenstein adalah sebuah negara dengan sistem kerajaan monarki berperlembagaan. Terletak di Alps - Eropah Selatan. Liechtenstein berkongsi sempadan dengan negara Switzerland dan Austria. Kadar pengangguran adalah antara yang terendah di dunia.

5. Brunei Darussalam

Brunei

Merdeka daripada British sejak tahun 1984. Terletak di pulau Borneo dan berkongsi sempadan dengan negeri Sarawak. Sebagian besar penduduknya terlibat dalam industri minyak dan gas. Hampir 90% pendapatan negara Brunei datang daripada petroleum dan gas.

Senarai 5 negara bebas hutang di atas adalah seperti yang dipetik daripada laman debtacademy.

Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon