Saturday, September 22, 2018

Straw plastik haram digunakan oleh peniaga restoran dan gerai-gerai makanan

Tags

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman plastik berkuat kuasa 1 Januari 2020 ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan yang merupakan pemegang lesen dan bukan orang ramai.

Straw. FOTO: drinkstrade

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Januari 2019. 



"Pada masa yang sama, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternatif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

"Kempen-kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 sehingga larangan itu berkuat kuasa," katanya. 

Straw. FOTO: 99percentinvisible

Adnan berkata, pihaknya juga akan mengecualikan sebarang tindakan kepada golongan kelainan upaya dan pesakit yang memerlukan straw serta bahan-bahan plastik dalam kehidupan harian mereka. 

Sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional, katanya, straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas boleh digunakan. - Bernama

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon