Wednesday, September 5, 2018

Suami isteri mangsa gempa tidak berani guna 'Bilik Mesra' untuk lakukan hubungan intim

Tags

Banyak perkara yang diperlukan oleh mangsa gempa bumi yang kehilangan tempat tinggal, satu diantaranya ialah hubungan intim suami isteri.

Bilik Mesra

Sedar dengan keperluan tersebut, sukarelawan bencana gempa bumi telah mendirikan satu "bilik mesra" di Dusun Pawang Busur Timur, Desa Rempek, Kecamatan Bayan, Kabupaten Lombok Utara bagi memberi ruang kepada pasangan suami isteri melakukan hubungan intim.

Bilik yang diperbuat dari kanopi dan dinding ditutup dengan kanvas tersebut dihiasi grafiti kasih sayang berbentuk hati dengan tulisan "You & Me."

Kesan gempa bumi

Dengan adanya bilik mesra ini, pasangan suami isteri tidak perlu kembali ke rumah hanya untuk menunaikan kewajipan batin mereka.

Kewujudan "bilik mesra" itu disedari dari posting video salah seorang sukarelawan yang dimuatnaik menggunakan akaun pantau.com di channel youtube, pada 31 Ogos 2018.



Sukarelawan dalam video

“Bilik mesra ini dibuat untuk mengakomodir kebutuhan primer suami istri yang tidak memiliki tempat untuk melakukan hubungan,” kata sukarelawan dalam video tersebut.

Bagaimanapun, menurut seorang penduduk, sejak didirikan seminggu yang lalu, bilik mesra itu tidak pernah digunakan oleh mana-mana pasangan.

"Namun sejak dibina ia tidak menerima sambutan, ia tidak dikunjungi sesiapa," lapor sebuah portal berita tempatan.

Selain tidak digunakan, tiada seorang pun berani memasuki bilik itu walaupun diupah, kata seorang wanita yang enggan dikenali.

“Mungkin mereka lebih rela menahan nafsu daripada menanggung malu selepas masuk ke dalam bilik itu,” tambah wanita itu.

Tonton videonya di bawah:


Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon