Friday, September 21, 2018

[TERGEMPAR] Datuk Lee Chong Wei hidap kanser hidung tahap tiga

Tags

BERITA TERGEMPAR 21 Sept. - Peminat badminton di seluruh dunia hari ini dikejutkan dengan mesej yang mengatakan jaguh No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung tahap tiga, tular di media sosial.

Lee Chong Wei. FOTO: mstar

Menurut mesej tersebut, pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu dikatakan mendapatkan rawatan di Taiwan kerana masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut.

FOTO: The Coverage



Sebelum ini, kerjaya cemerlang Lee Chong Wei dikatakan bakal berakhir apabila dia dilaporkan menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pemain berusia 36 tahun itu kini berada di Taiwan untuk rawatan perubatan berkaitan pernafasan.

Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai memberitahu, Chong Wei akan pulang ke tanah air dalam tempoh dua minggu lagi selepas menjalani rawatan di luar negara kerana mengalami masalah pernafasan.

Chin Chai, yang tidak mendedahkan lokasi di mana Chong Wei berada bagaimanapun hanya berkata, proses rawatan pemain berusia 36 tahun itu berjalan baik selepas berkesempatan melawatnya baru-baru ini.

Masalah pernafasan yang dialami Chong Wei menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing serta Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan lalu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon