Monday, September 10, 2018

Terkantoi 'kemiangan' Pegawai Khas Dato Azis Jamman Timbalan KDN 'skodeng' seluar dalam amoi cina

BERITA MENGEJUTKAN! Telah tular video, gambar dan laporan polis terhadap Pegawai Khas Dato' Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri meng'skodeng' seluar dalam amoi cina di premis pemeriksaan mata di Kuala Lumpur.

Aksi skodeng

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara Petaling Jaya oleh pengadu, Ho Pey Khee seorang juru optik di Publika Solaris Duta Mas, melaporkan ketika dia sedang melakukan pemeriksaan mata terhadap Dato Azis Jamman, seorang lelaki telah merakam dari bawah skirtnya menggunakan telefon bimbit.

Laporan polis



Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan tidak bermoral pegawai khas itu disedari oleh Dato Azis Jamman.

Sudah pasti perbuatan pegawai khasnya itu dalam pengetahuan Azis Jamman sekarang ini. Semoga tindakan sewajarnya diambil terhadap pegawainya itu.

Pegawai Khas dan Azis Jamman

Sebagai rekod, Pegawai Khas Timbalan Menteri itu dikenali sebagai Farish yang sebelum ini merupakan bekas pegawai Naib Canselor UMS yang dipecat kerana terlibat dengan salah laku rasuah kontroversi di institusi pengajian tinggi tersebut beberapa tahun yang lepas.




Tonton video rakaman CCTV kejadian tersebut:


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon