Thursday, September 20, 2018

Tewas kepada tuntutan nafsu serakah di ruang tamu, abang dapat penjara 22 tahun dan 3 sebatan

Tags

Tewas kepada tuntutan nafsu serakah, seorang pekerja buruh binaan menerima pembalasan apabila dihukum penjara 22 tahun dan tiga sebatan kerana merogol adik kandungnya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Sungai Barie Serian, Kota Samarahan.

Tertuduh diiringi polis

Hakim Mahkamah Sesyen, Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 23 tahun itu selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram iaitu gangguan seksual secara fizikal dan bersetubuh dengan mangsa.

Tuduhan pertama, tertuduh telah melakukan gangguan seksual secara fizikal iaitu meraba dan mencium mangsa sekitar 1.00 pagi pada 7 September lalu di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks ke atas mangsa pada waktu dan hari yang sama di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.

Pertuduhan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Najihah Tengku Zahari, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Sebelum itu, menurut Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, ibu angkat kepada mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut pada 10 September lalu.

Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa mendakwa telah diajak oleh abangnya untuk menonton televisyen di ruang tamu rumah di kampung berkenaan.

"Bagaimanapun, apabila adiknya sudah tidur di ruang tamu tersebut, suspek telah mencium dan meraba sebelum merogol mangsa.

"Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek kemudian mengugut mencederakan adiknya sekiranya dia menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa," katanya.

Sumber: K! ONLINE
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon