Friday, September 21, 2018

'Tok Pa disoal siasat oleh SPRM', adakah ini sebab sebenar beliau keluar UMNO?

Tags

Tok PA. FOTO: penangkini

Semalam, sebuah stesen radio berbahasa Inggeris tempatan melaporkan Datuk Lokman Noor Adam yang juga sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dikenali sebagai Tok Pa telah disoal siasat oleh SPRM berhubung dana yang diterima untuk kegunaan parti.

Lokman Adam. FOTO: antarapos

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa juga membuat dakwaan sama bahawa Tok Pa disiasat polis berhubung satu dana politik.



Annuar Musa. FOTO: FMT

Walau bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan tersebut. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar. 

“Tidak, ia hanyalah dakwaan palsu,” katanya ketika dihubungi pihak media.

Selasa lepas 18/09/2018, Tok Pa atau nama penuhnya Datuk Seri Mustapa Mohamed, ahli Parlimen Jeli yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengumumkan keluar daripada parti yang telah disertainya lebih 40 tahun lepas atas alasan pendekatan UMNO yang tidak lagi selari dengan prinsip politik diperjuangkannya selama ini.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon