Tuesday, September 18, 2018

Tujuh mati dan 16 masuk hospital gara-gara minum arak di Selangor

Gara-gara minum beberapa jenis arak, tujuh lelaki maut manakala 16 lagi dimasukkan ke hospital dalam kejadian semalam di sekitar Selangor.

GAMBAR hiasan

Mereka yang meninggal dunia terdiri daripada seorang rakyat tempatan, seorang warga India, seorang Bangladesh dan empat orang warga Nepal.

Manakala, 16 individu lagi yang dirawat di beberapa buah hospital iaitu Hospital Sungai Buloh, Klang, Ampang, Banting dan Kuala Lumpur terdiri daripada seorang warga tempatan, dua warga Bangladesh dan orang 13 warga Nepal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes disiasat sebagai mati mengejut, namun kita sedang menjalankan pemeriksaan di kedai-kedai berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya kepada pihak media.

3 jenis arak dikenal pasti

Mazlan juga mengatakan bahawa, setakat ini tiga jenis arak telah dikenal pasti iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon