Friday, September 28, 2018

UMNO tidak pernah bersalah sejak ditubuhkan 72 tahun yang lepas

Tags

PERCAYAKAH anda bahawa UMNO yang ditubuhkan 72 tahun yang lalu sebenarnya tidak pernah bersalah?

Fairuz Jamaludin

Lapangkan dada, anda pasti akan menjawabnya YA, kerana yang bersalah ialah pemimpin di dalamnya bukan parti.

Parti hanyalah sebuah wadah perjuangan dan ideologi yang dibawa oleh parti UMNO jelas berakar pada pengasasnya.


"Mereka ingin bawa Tanah Melayu ke persada dunia, mereka ingin lepas daripada sangkar penjajah, biar terbang bebas mencorak acuan sendiri. Idealisme mereka jelas, semarak semangat nasionalisme dan hidup harmoni berbilang bangsa.

"Pemimpin hari ini perlu sedar, muhasabah perlu hadir dalam diri sendiri. Bertindaklah untuk parti bukan untuk kepentingan diri"

Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin dalam satu kenyataan di ibu negara semalam.

Jelas beliau, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 kali ini disifatkan bersejarah kerana buat pertama kali ahli UMNO berhimpun ketika parti itu tidak lagi memegang tampuk pemerintahan.

PAU 2018 akan berlangsung bermula 28 sehingga 30 September ini di PWTC dengan anggaran 5,739 perwakilan dijadualkan menghadiri perhimpunan itu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon