Wednesday, September 12, 2018

[Video] Benarkah orang Sabah kuat berhubungan intim? Tonton video ini untuk tahu jawapannya

Kita imbas kembali artikel yang diterbitkan oleh portal berita Utusan Borneo Online pada 31 Oktober 2017 yang bertajuk "Jumlah penduduk Sabah kedua tertinggi".

Sumber: Jabatan Perangkaan

Selepas anda membacanya sila tonton video di bahagian akhir artikel ini.

JUMLAH PENDUDUK SABAH KEDUA TERTINGGI
Utusan Borneo Online / 31 Oktober 2017

Sumber: Jabatan Perangkaan

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah penduduk kedua tertinggi seluruh negara selepas Selangor iaitu 3.9 juta orang pada 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata bilangan penduduk Sabah pada masa kini mencecah 12.1 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

“Pada masa ini, jumlah penduduk negara adalah seramai 32.0 juta orang yang mana 28.7 juta atau 89.7 peratus adalah warganegara.

Foto: Malaysiakini

Foto: Malaysian Insider

“Daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, bilangan penduduk Sabah telah mencecah 3.9 juta atau 12.1 peratus sekali gus menjadikan Sabah sebagai negeri kedua tertinggi penduduk paling ramai selepas Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (MyCensus2020) di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaikan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Rahman berkata daripada jumlah penduduk Sabah, lelaki mencatatkan jumlah lebih tinggi berbanding perempuan.

1960 vs 2010

“Penduduk lelaki adalah paling ramai di Sabah iaitu 2.0 juta atau 52.3 peratus, manakala perempuan mencatatkan 1.8 juta atau 47.7 peratus keseluruhannya.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga mengeluarkan statistik sehingga ke peringkat daerah yang mana bilangan penduduk Kota Kinabalu adalah seramai 553.9 ribu orang dengan lelaki mewakili sebanyak 51.5 peratus dan 48.5 peratus bagi perempuan,” jelasnya.

Sementara itu, Uzir berkata banci DOSM Sabah mencatatkan 1.7 peratus pertumbuhan penduduk pada 2017.

Katanya, melalui data pertumbuhan penduduk berkenaan, Sabah mencatatkan 1.6 kadar kesuburan setiap wanita berumur 15 hingga 49 tahun.

Dalam pada itu, DOSM menganggarkan 3.1 juta penduduk Sabah pada 2010 dan dijangka meningkat kepada 4.0 juta pada 2020.

Turut hadir ialah Pengarah Perangkaan Negeri Sabah Norhayati Jantan.



2010

1960

Pada pendapat anda kenapakah jumlah penduduk Sabah melonjak diluar akal? 



Sumber: Jabatan Perangkaan

Tonton video dibawah untuk mendapatkan jawapannya!


Video: Project IC changed Sabah. It's time we address that | NEWSFLASH

Kredit video: channel Youtube R.AGE

Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon