Tuesday, September 25, 2018

Zahid Hamidi tiada taring atau dia ada perancangan sulit sebelum PRU-15?

Tags

SEPANJANG lebih empat bulan ini, beliau hanya muncul selaku Presiden UMNO tidak lebih daripada lima kali – ketika kempen di Sungai Kandis, Seri Setia dan menghadiri Muktamar Pas di Kuala Terengganu, minggu lalu.

Zahid

Selainnya, dalam sekian banyak isu politik yang berlaku dalam negara, Zahid Hamidi seolah-olah tiada mulut untuk bersuara, bahkan Khairy Jamaluddin yang tewas kepadanya kelihatan lebih kerap dan berfakta dalam bersuara.

Sebab itu, apabila Tengku Razaleigh Hamzah dalam sebuah wawancara (Sinar Harian) mengatakan, berdasarkan apa yang didengar dan maklumat diterimanya bahawa Zahid Hamidi digambarkan tidak peduli kepada UMNO, ia bukanlah sesuatu asing atau memeranjatkan.

Zahid Hamidi didakwa gagal menterjemahkan peranannya dalam menentukan hala tuju parti kerana menurut Ku Li, beliau dikatakan ada banyak kepentingan diri.

Apakah kepentingan diri Zahid Hamidi?
Walaupun secara terbuka dilihat berbaik-baik dengan Pas dan secara sulit pula mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad untuk menggabungkan UMNO dan Bersatu, dikatakan impian besar dan sebenar Zahid Hamidi ialah menunggu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Beliau diberitakan berimpian membawa UMNO bekerjasama dengan PKR setelah Anwar menjadi Perdana Menteri demi untuk mengembalikan kedudukan UMNO sebagai kerajaan semula.

Bagaimanapun, oleh kerana Anwar sudah awal-awal menolak untuk bekerjasama dengan UMNO dan dalam masa yang sama pengharapan Zahid Hamidi masih tinggi terhadap kerjasama tersebut, itulah yang menyebabkan beliau dikatakan tidak mahu berbuat apa-apa untuk memulihkan UMNO sekarang ini.

Takut-takut kalau tersalah langkah, harapan untuk bekerjasama dengan Anwar itu jadi musnah sama sekali.

Mungkinkah semuanya ini ada kaitan dengan ura-ura sebelum ini yang mengatakan UMNO akan kembali sebagai kerajaan sebelum PRU-15?

Sedutan dari artikel: Ana Ghoib / The Dream: Ahli Umno menyesal, Zahid letak jawatan Presiden Umno?


Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon