Friday, October 5, 2018

12 tips dan nasihat dari jurufoto untuk reception kepada bakal raja sehari

Tags

Tahukah anda 12 Tips untuk Reception?

(Rujukan ini dibuat mengikut aturcara biasa: 11.00 pagi hingga 5.00 petang)

GAMBAR hiasan

1. Aturcara secara umum

Berkumpul > bergerak ke pelamin > salam > makan > potong kek > bergambar dengan keluarga pelawat > bergambar dengan rakan > bersalaman dengan tetamu > bergambar dengan keluarga tuan rumah > sesi potret.

2. Kedudukan


GAMBAR hiasan

Bersanding atau berjalan menuju ke pentas pelamin – Lelaki sebelah kanan, perempuan kiri (simbolik perempuan lahir dari tulang rusuk kiri lelaki).

3. Tangan

Tangan kanan pengantin perempuan memegang/ memaut tangan lelaki. Tangan kiri pegang hand-bouquet.

4. Semasa berjalan

Semasa berjalan menuju ke pelamin, pandang tetamu atau kamera, senyum atau lambai pada mereka. Elakkan pandang ke bawah selalu.

5. Flower girl

Kalau ada flower girl, seelok-eloknya mereka berjalan di tepi kiri dan kanan, kosongkan ruang tengah, jadi OP akan dapat angle dari depan muka pengantin. Tetamu/ OP nak tengok pengantin bukan flower girl sahaja.

GAMBAR hiasan

Elakkan daripada menyuruh kanak-kanak sebab walaupun nampak comel tapi bila tiba masanya nati mulalah nak menangislah, berpeluh-peluh, yang terjatuh, yang mak dia pun kelam kabut tarik anak dia nak bagi lurus. Dah tak nampak langsung pengantin nampak makcik pengantin je.

Itu tak masuk lagi dengan iPad, iPhone, Samsung dan segala jenis handphone yang dah beratur keliling.

6. Sesi renjis/ salam

Semasa sesi renjis/ salam di atas pelamin, pengapit kalau boleh berhenti sebentar dari ‘mengipas’ pengantin untuk bagi ruang pada OP semasa tetamu naik ke pelamin. Sekejap saja, masa ada tetamu atas pelamin, lepas diorang turun, sambung kipas semula.

(Selalunya jurugambar akan berada di sebelah tepi untuk mendapat shot yang menampakkan kedua-dua muka tetamu dan pengantin dalam satu shot.)


7. Gambar bersuap

Gambar suap menganga tiada yang cantiknya.

Jadi jangan gelabah masa makcik anda kelam kabut suruh suap-suap dan jerit-jerit kat OP. Suap je depan-depan dia laju-laju bagi dia puas hati. Gambar bersuap tu boleh diulang lagi nanti.

Sesetengah OP tak masukkan shot bersuap tu dalam album pun, sebab mostly anggap itu momen yang agak tak berapa sopan.

Tahukah anda jika ada VIP, OP selalunya tidak digalakkan untuk mengambil gambar ketika acara makan?

8. Semasa bersalaman ucapkan terima kasih

Berbuallah lama sikit, tanyalah dah makan ke (padahal kau dah nampak dia tengah makan kan?), dah lama ke sampai, kerja mana sekarang, anak dah berapa, kau bawak hadiah tak hari ini.

Ini sebenarnya untuk memberi momen beberapa saat kepada OP untuk mendapat shot yang natural. Kemudian pengantin ajaklah tetamu bergambar (kalau dah habis makan) sekeping dua, di mana-mana pun tak apa. Tepi meja makan pun boleh kalau pelamin jauh sangat, janji ada gambar.

9. Potong kek

Masa potong pandang je kek, jangan nak tengok kamera je selalu okay.

10. Photobooth/ Guestbook/ Candybuffet

Kedudukan: perlulah strategik, bukan di tempat sempit.

Betul-betul di sebelah pintu, jauh paling hujung, atau terlalu dekat dengan kawasan hidangan makanan utama. Ini akan menyebabkan tetamu kurang bersemangat untuk ke photobooth itu.

Setup dan deko tersebut seeloknya disiapkan sebelum tetamu sampai untuk membolehkan jurufoto/video menangkap gambar dengan susunan yang kemas dan cantik.

Jurufoto/ video TIDAK akan berada di photobooth anda dari mula sampai habis majlis. Kami akan berlegar di serata tempat.

Jika anda harapkan semua gambar tetamu di photobooth kami snap, sila upah servis tersebut daripada syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Atau upah servis dari syarikat CCTV.

11. Lampu

LED berwarna warni sememangnya kelihatan cantik di pelamin. Tetapi jika warna-warni itu ia menyuluh muka, ia akan merumitkan jurufoto, malah paling susah adalah juruvideo untuk post-processing footage mereka nanti.


Jika LED berwarna digunakan, pastikan ia menghala ke deko-deko pelamin SAHAJA, bukan ke arah pengantin.

Hanya cahaya lampu putih sahaja yang sesuai disuluhkan di muka. Tak guna anda mekap beratus ringgit tapi di pelamin muka anda berwarna biru lepas tu hijau berbelang-belang.

12. Kerusi Pelamin

GAMBAR hiasan

Ketinggian kerusi yang kurang sesuai akan menyebabkan pengantin nampak tenggelam dan janggal. Ketinggian duduk yang sesuai adalah apabila lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang.

Dinasihatkan supaya mencuba ketinggian kerusi. Jika tidak cukup tinggi, sila alaskan kaki kerusi dengan apa saja alas yang perlu.

Kredit Artikel: Shagrasyid/Aizat AP

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon