Monday, October 15, 2018

[3 GAMBAR] Mayat perempuan dengan seluar bertulis 'SMK Kemabong' dijumpai dalam keadaan busuk

Tags

Gambar hiasan

Semalam (14/10/2018), tular dalam media sosial seorang lelaki yang sedang memburu terjumpa mayat seorang pelajar berpakaian uniform SMK Kemabong dalam lingkungan belasan tahun dipercayai mangsa rogol dan bunuh di kawasan hutan Kampung Tamalang Silau, Inanam, Sabah.

Tular di media sosial semalam

Mayat yang belum diketahui identitinya itu ditemui oleh lelaki tersebut selepas curiga apabila anjing peliharannya menyalak berhampiran lokasi kejadian sekitar jam 2.30 petang.


Susulan penemuan itu, lelaki berusia 44 tahun terbabit membuat laporan di Balai Polis Inanam pada 5.40 petang.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak polis KPD Kota Kinabalu, mayat seorang perempuan dalam keadaan reput ditemui di kawasan berair, berseluar track suit bertulis 'SMK Kamabong', memakai baju T hitam dan muka ditutup dengan jaket warna biru muda. Mayat dalam keadaan busuk dan berulat.

Mayat di lokasi

Mayat di lokasi


Mayat sudah reput

Mayat wanita itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan penemuan mayat tersebut.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau majikan diminta menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-221191 atau mana-mana balai berdekatan untuk pengecaman mayat," katanya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon