Sunday, October 28, 2018

[6 GAMBAR] Wanita tak sempat jamah sup ayam mati ditetak suami

Tags

SEORANG wanita ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan tangan dipercayai ditetak oleh suaminya menggunakan pedang samurai dalam satu kejadian di Ladang Pintasan 5B, Kinabatangan, semalam.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu dibunuh pada kira-kira jam 8 pagi, namun laporan mengenainya hanya dibuat pada jam 8.45 malam.

Gambar kejadian di lokasi

Gambar kejadian di lokasi

Gambar kejadian di lokasi

Gambar kejadian di lokasi

Motif kejadian setakat ini dipercayai berlaku pergaduhan berpunca akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek ketika mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

Mangsa cedera akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala. Selain itu, pergelangan tangan kanannya juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.


Suami mangsa berusia 30an yang berjaya meloloskan diri ketika dikejar oleh beberapa anggota pengawal keselamatan ladang semalam, telahpun ditahan polis pada hari ini.

Suspek ditahan polis

Suspek ditahan polis

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon