Tuesday, October 23, 2018

'Anwar akan ambil balik tetapi terpulang kepada rakyat' - Tun M

Tags

Ini kata Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dalam isu jawatan perdana menteri dan penggantinya ketika ditanya semasa Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, semalam.

Tun M

"Saya tidak dapat tidak akan pergi dan tentu ada penganti. Kalau orang mahu Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), mereka berhak. 

"Janji saya selepas saya letak jawatan, Anwar akan ambil balik tetapi terpulang kepada rakyat," katanya.


Mengulas lanjut perkara berkenaan, Tun M berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan bakal penggantinya akan menjadi seorang pemimpin yang baik.

"Saya tidak boleh jamin lebih baik dari saya. Macam saya fikirlah lantik Pak Lah, beliau orang agama tetapi tengoklah apa jadi.

"Begitu juga dengan Najib, beliau anak kepada Tun Abdul Razak Hussein tetapi tengok apa jadi," katanya.

Program itu dikendalikan oleh Moderator Tan Sri Johan Jaafar.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon