Thursday, October 11, 2018

Bahaya tidur dalam kereta dengan enjin dan aircond dihidupkan, 2 mati di Kinabatangan

Tags

Bahaya tidur dalam kenderaan dengan enjin dan penyaman udara (air conditioner) dihidupkan.

Dua sahabat mati

KINABATANGAN - Dua rakan sekerja ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad Datu semalam (10/10/2018).

Dalam kejadian pada pukul 11.46 pagi tersebut mangsa, Mohd. Fitri Haimin dan Mohd. Helmi Muhammad masing-masing berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana dipercayai terhidu gas karbon monoksida.


Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan A. Sahak Rahmat berkata, maklumat daripada orang awam mendapati terdapat dua lelaki seperti sedang tidur di dalam sebuah kereta dengan enjin yang masih hidup.

"Hasil pemeriksaan dari luar kereta orang awam mengesyaki kedua dua lelaki berkenaan telah mati kerana tiada sebarang tindak balas apabila cermin kenderaan diketuk beberapa kali.

"Pada ketika itu, seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi di kerusi penumpang bahagian hadapan," katanya.

Pintu dibuka BOMBA

Tambah Sahak, kedua-dua lelaki terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba dan penyelamat membuka pintu kereta tersebut.

Kedua-dua mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber: K! ONLINE

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon