Thursday, October 11, 2018

Bali terselamat daripada kerosakan atau ancaman tsunami akibat gempa bumi 6.0 SR pagi tadi

Tags

BALI - Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada Skala Richter melanda Pulau Bali, Indonesia pada awal pagi Khamis.

Pusat gempa. FOTO: straitstimes

Pusat gempa ialah di Laut Bali kira-kira 40 kilometer dari penghujung timur Pulau Jawa, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.


Bali merupakan tuan rumah kepada mesyuarat tahunan pegawai tertinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dihadiri 12,000 hingga 15,000 peserta dan acara sampingan Perhimpunan Pemimpin ASEAN (ALG).

Annual 2018

Gempa bumi itu mengakibatkan penghuni dan pengunjung pulau peranginan itu panik sebentar tetapi tiada kerosakan besar atau ancaman tsunami dilaporkan. - artikel Bernama

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon