Monday, October 15, 2018

Baru 5 bulan berkhidmat, LGE tegur pemimpin DAP terima gelaran Datuk

Tags

AGAK memalukan jika ada pemimpin parti yang baru sahaja memegang jawatan exco atau menteri menerima gelaran kebesaran negeri sedangkan belum ada apa-apa sumbangan yang boleh ditunjukkan kepada rakyat.

Lim Guan Eng

DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegur sikap pemimpin parti tersebut yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka yang membawa gelaran Datuk sedangkan mereka baru setahun jagung.

Belaiu menggesa supaya ahli parti mencontohi pemimpin terdahulu termasuk Ghaffar Baba yang hanya menerima pengiktirafan selepas beliau bersara selain tidak bertindak tanpa kelulusan parti.


"Kalau tahun pertama (menjadi kerajaan) kita terima gelaran ini, ini mungkin akan menimbulkan persepsi lain kepada rakyat. Kita hormat dan kasih kepada mereka yang hendak berikan gelaran tetapi macam di Melaka, Tun Ghaffar Baba lebih senang dipanggil sebagai Encik Ghaffar Baba," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak Kali Ke-18 di Taiping semalam yang turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Teguran Lim Guan Eng itu dipercayai merujuk kepada empat pemimpin DAP yang menerima gelaran Datuk iaitu Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fat; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung; Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Dr. Wong Fort Pin.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat pada minggu ini bagi membincangkan perkara tersebut kerana penerimaan gelaran itu tidak mencerminkan perjuangan parti.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon