Wednesday, October 3, 2018

Baru lima jam dilancarkan, kutipan tabung dana kempen Saiful agak memberangsangkan

Tags

BARU sahaja lima jam dilancarkan, tabung dana kempen Mohd Saiful Bukhari Azlan, mengutip sumbangan sebanyak RM525 semalam.

Lancar tabung dana kempen

Saiful memaklumkan perkara itu melalui status Facebooknya (FB) hari ini dengan berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan beberapa transaksi diterima daripada penyumbang dengan jumlah terkumpul RM525.


"Alhamdulillah, jumlah sumbangan setakat lima jam tabung dilancar. Saya amat terharu. Terima kasih saya ucapkan," tulisnya.

Tabung khas berkenaan dilancarkan semalam oleh Saiful yang merayu orang ramai memberikan sumbangan RM1 seorang untuk membiayai perbelanjaannya sepanjang tempoh kempen PRK Parlimen Port Dickson.

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK tersebut yang menyaksikan berlaku pertarungan tujuh penjuru. 

Hari pengundian ditetapkan pada 13 Oktober ini.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon