Saturday, October 20, 2018

Benarkah coli emas milik Rosmah Mansor dilelong Bukit Aman?

Tags

Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehinggalah ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada PRU14 lepas, sosok insan bernama Rosmah Mansor tidak pernah sepi daripada pelbagai tomahan dan kontroversi.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang mengatakan coli emas milik Rosmah yang dikatakan telah dirampas oleh pihak polis di satu serbuan akan dilelong oleh pihak polis Bukit Aman.

Coli emas

Adakah dakwaan itu benar?

Tular di media sosial

Tular di media sosial

Namun setelah diperiksa oleh sebuah blog Harapan Kerja Baru melalui carian https://reverse.photos, gambar coli emas tersebut sebenarnya diambil di satu Kongres Emas China yang diadakan di Beijing pada 25 Julai lalu.

Hasil semakan di google

Nampaknya, coli emas yang tular itu tidak pernah dirampas oleh pihak polis dan ia tidak pernah berada di Malaysia sama sekali.

Kongres Emas China

Mungkin inilah nasib isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan keluarganya kerana sikap segelintir rakyat Malaysia yang terlalu obses terhadap 'kemewahan" Rosmah sehinggakan cerita-cerita fitnah begitu mudah disebarkan kepada umum.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon