Wednesday, October 3, 2018

[BENCANA] Lagi bencana alam melanda Sulawesi, kali ini si Soputan pula beraksi

Tags

INDONESIA terus berhadapan dengan bencana alam yang tak putus-putus sejak letusan gunung berapi Agung di Bali, gempa bumi di Lombok, Palu dan Samba.



Soputan. FOTO: Kompas

Kali ini (3/10/2018), Pulau Sulawesi sekali lagi berhadapan dengan letusan gunung berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara.

Gunung itu meletus pada jam 8.47 pagi waktu tempatan (waktu Indonesia Timur) dan mengeluarkan abu vulkanik berwarna kelabu setinggi 4,000 meter ke ruang udara.

Soputan. FOTO: Liputan6

Setakat ini, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) sedang memantau perkembangan letusan gunung berapi itu dan pihak berkuasa pula telahpun mengeluarkan arahan melarang penduduk melakukan sebarang kegiatan dalam lingkungan empat kilometer dari gunung berkenaan.

Soputan. FOTO: Tribun Jateng

Kali terakhir gunung berapi berketinggian 1,784 meter yang terletak kira-kira 56 km dari Kota Manado itu meletus ialah pada 2015.

Jumaat lepas, gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi Tengah menyebabkan lebih 1,000 orang disahkan terkorban setakat ini selain memusnahkan puluhan ribu bangunan dan kediaman.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon