Tuesday, October 2, 2018

[BENCANA] Lagi gempa bumi kuat menggoncang Sumba, Indonesia

Tags

BENCANA - Satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 Skala Richter (SR) menggoncang wilayah Kabupaten Sumba Timur, Provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada hari ini Selasa (2/10/2018).

Lokasi Gempa. FOTO: BMKG


Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia, gempa bumi yang menggoncang Sumba Timur pada hari ini berlaku beberapa kali iaitu;

Lokasi Gempa




Gegaran pertama berukuran 5.2 SR berlaku pada pukul 06:12:03 Waktu Indonesia Barat (WIB). Lokasi pusat gempa berada di titik koordinat 10.56 LS, 120.20 BT, 66 kilometer (km) di barat daya Sumba Timur pada kedalaman 10km.

Gegaran kedua berukuran 5.3 SR berlaku pada pukul 06:27:06 WIB. Lokasi pusat gempa berada di titik koordinat 10.48 LS, 120.24 BT, 56km di barat daya Sumba Timur pada kedalaman 10km.

Gegaran ketiga berukuran 6.1 SR berlaku pada pukul 06:59:42 WIB. Lokasi pusat gempa berlaku di titik koordinat 10.57 LS, 120.25 BT, 66km di barat daya Sumba Timur pada kedalaman 10km.

Gegaran keempat berukuran 6.3 SR berlaku pada pukul 07:16:44 WIB. Lokasi pusat gempa berlaku di titik koordinat 10.57 LS, 120.22 B, 66km barat daya Sumba Timur pada kedalaman 10km.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pula, kejadian gempa berukuran 6.3 SR dengan kedalaman 10km itu berlaku di 293km Tenggara dari Bima, Indonesia.

Bima

Semua gegaran gempa bumi tersebut tidak berpotensi mencetuskan bencana tsunami.

Sumber: Bernama/Liputan6/TRIBUN-TIMUR

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon