Friday, October 5, 2018

[DADAH] Pelakon utama drama 'Kekasih Paksa Rela' dikehendaki polis

Tags

POLIS sedang mengesan pelakon utama wanita drama 'Kekasih Paksa Rela', Intan Najwa Abdul Wahid, 21, bagi menjadi saksi penting perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Muamalat dan Insolvensi, Shah Alam pada 8 sehingga 10 Oktober ini.

Intan Najwa

Menurut jurucakap polis, Intan Najwa memegang kad pengenalan bernombor 970818-01-5258.




Ujarnya, turut dicari ialah dua lelaki iaitu Mohd Nizam Ali (810122-14-5203, 33 tahun) dan Anwaruddin Mohd Izzuddin (970711-14-5319, 21 tahun).

Tiga orang dikehendaki

"Kesemua mereka diminta hadir sebagai saksi kes perbicaraan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor, Fitri Farhan Wan Chik di talian 017-2952202," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Sumber: UTUSAN ONLINE

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon