Sunday, October 7, 2018

Ini penjelasan Dr Ezairy M. Sallih tentang lubang atau bukaan kongenital di hadapan telinga

Mengapa depan telinga anak saya berlubang?

Preauricular sinus

‘Preauricular sinus’ merupakan suatu lubang atau bukaan kongenital yang berlaku di hadapan telinga. Ia bermaksud keadaan ini berlaku semenjak lahir lagi.

Siapa yang berisiko untuk alami masalah ini?


Ia boleh berlaku kepada sesiapa. Tetapi lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga.

Lokasi bukaan kongenital

Perhatikan anak-anak anda. Jika ada tanda ini, suatu hari nanti ada pembengkakan atau kemerahan pada kawasan tersebut, ia mungkin telah menyebabkan jangkitan. Pengumpulan cecair seperti nanah berkemungkinan berlaku. Pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut perlu dilakukan.

Pembedahan kecil

Sebaik sahaja luka pembedahan semakin baik, kering dan tiada lagi jangkitan berlaku pada masa terdekat, kami akan lakukan pembedahan untuk mengeluarkan kesemua cyst atau kantung yang ada. Ini bagi memastikan tiada lagi risiko jangkitan berlaku.

Jika anda ragu-ragu, jumpa kami. Anda akan dibantu.

Sila #kongsikan info ini. Moga lebih ramai beroleh manfaat.

Dr Ezairy M. Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon