Friday, October 12, 2018

[JANJI BUKAN KITAB SUCI] 'Saya tidak setuju lebuh raya tanpa tol,' -Tun M

Tags

HARAPAN rakyat untuk menikmati lebuh raya tanpa tol selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU14 lepas nampaknya berkecai apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Tidak setuju tanpa tol


Mex-maju-expressway

"Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar."

"Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma, ia tidak boleh (dilakukan).

Tol

"Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol," katanya seperti yang dilaporkan oleh media (Bernama dan RTM) di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, Indonesia pada Khamis lepas.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon