Wednesday, October 3, 2018

Lagi kes cacing dijumpai dalam produk sardin buatan tempatan

Nampaknya kes cacing dalam makanan tin sardin masih belum selesai.

Cacing dalam tin sardin

Terbaru, seorang suri rumah terkejut apabila mendapati sardin yang dibelinya mengandung cacing ketika ingin membuat sandwic semalam.


Shukor Yatim (65), dari FELDA Pasoh Tiga, Jempol, berkata anaknya Shuhelniwati (38), menemui beberapa cacing dalam tin sardin berkenaan, kira-kira jam 8 pagi ketika ingin menyediakan bekalan untuk suaminya.

Sardin jenama tempatan

Shukor berkata, cacing itu ditemui dalam dua daripada lima tin sardin keluaran tempatan yang dibeli beliau di sebuah pasar raya di Bahau pada Jumaat lalu dengan tarikh luput tahun 2021.

Laporan kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telahpun dibuat olehnya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon