Monday, October 8, 2018

Lee Chong Wei selamat kembali ke tanah air dengan menggunakan jet peribadi

Tags

DATUK Lee Chong Wei selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang malam tadi setelah selesai menjalani rawatan di Taiwan untuk penyakit kanser hidung dihidapinya.

Lee Chong Wei

Beliau tiba pada pukul 9.15 malam menggunakan perkhidmatan jet peribadi dan dilihat menaiki sebuah dari empat kereta mewah yang mengiringinya sebaik sahaja keluar dari pesawat Asia Jet.


Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah menjalani rawatan selama dua bulan di Taiwan. 

Beliau dibenarkan pulang hari ini oleh doktor yang merawatnya.

Bagaimanapun, Chong Wei enggan ditemubual pihak media yang menanti kepulangannya sejak awal pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon