Tuesday, October 2, 2018

Malang sungguh nasib Aishah - dapat rantai berlian palsu, lot tanah banglo pula tak cukup saiz

Tags

Bagaikan ditipu hidup-hidup, malang sungguh nasib Aishah, bekas juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Aishah

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin (53), sekali lagi meluahkan rasa terkilan selepas hadiah sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan atas kemenangannya menjuarai program realiti itu pada tahun lepas bersaiz lebih kecil.

Luahan Aishah. FOTO: Instagram

"Saya masih belum menerima hadiah lot tanah itu kerana pihak Bina Megah Empire meminta tangguh lagi. Sudahlah tangguh, tanah lot yang diberikan bukan tanah lot banglo tetapi tanah yang lebih kecil.

"Minimum saiz untuk sebidang tanah lot banglo biasanya berukuran 37,500 kaki persegi, tetapi katanya mereka ingin berikan saiz 26,000 kaki persegi sahaja," katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Aishah, di atas permintaan penaja, pihaknya memberi sedikit masa penangguhan sehingga hujung bulan Januari tahun hadapan untuk menyelesaikan masalah ini.

Sebelum ini, viral isu hadiah rantai berlian yang didakwa palsu diberikan kepada Aishah sempena kemenangan penyanyi itu pada Gegar Vaganza ke-4 (GV4) tahun lalu. Hadiah rantai berlian tersebut ditaja oleh jutawan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman (46).


LaVida

Sebagai ganti, Vida mencadangkan agar hadiah berkenaan digantikan dengan jenama wang kripto, LaVida Coin yang telah diberi amaran oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) supaya dihentikan semua aktiviti promosi berkaitan jenama wang tersebut.

Malang sungguh nasib Aishah!

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon