Thursday, October 11, 2018

Malaysia juga sebenarnya pernah dan berada dalam 'ancaman' gunung berapi dan gempa bumi

TIDAK ramai rakyat Malaysia yang tahu bahawa negara kita mempunyai gunung berapi.

Lokasi utama kawasan gunung berapi di Malaysia terletak di Tawau, Sabah. Salah satu gunung berapi yang paling dikenali ialah Gunung Maria.

Gunung Maria. FOTO: wikipedia

Gunung Maria merupakan sejenis gunung berapi yang dikelaskan dalam kategori "Pyroclastic Cone" dengan usia melebihi 27,000 tahun.

Selain itu, adakah anda tahu bahawa hampir semua gunung dan bukit di sekitar Tawau dan Semporna sebenarnya adalah gunung berapi?

Antaranya ialah:
Gunung Tiger
Gunung Bombalai
Gunung Andrassy
Gunung Lucia
Gunung Magdalena
Gunung Quion Hill
Gunung Wullersdorf
Gunung Tagasan
Gunung Glas
Gunung Pock
Gunung Conner
Bukit Tengah, dan
Bukit Kukusan

Kepulauan Bohey Dulang dan Tetagan di Semporna sebenarnya adalah bahagian dari kawah gunung berapi yang telah punah. Kawah Bohey Dulang asalnya dipercayai sekurang-kurangnya berdiameter tiga batu luas dan merupakan sebahagian daripada gunung berapi terbesar di semenanjung Semporna.

Bohey Dulang. FOTO: scubatiger

Bagaimanapun, syukur kerana semua gunung dan bukit di sekitar Tawau dan Semporna adalah gunung berapi yang tidak lagi aktif (mati).

Seorang pakar Geologi Sabah yang juga seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Felix Tongkul pernah mengulas berkaitan perkara ini.

Sila baca artikel di bawah yang bertajuk Gunung Maria tak akan meletus oleh Utusan Online berkaitan Gunung Maria yang diterbitkan pada 25 Jun 2016 lepas.


GUNUNG Maria yang terletak 24 kilometer dari bandar Tawau dalam kawasan Taman Bukit Tawau, Sabah mendapat perhatian netizen baru-baru ini, sehinggakan sekumpulan pendaki sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk melakukan penyelidikan di gunung itu.

Batuan volkanik. FOTO: Utusan

Sekitar gunung itu meliputi keluasan 28 hektar hutan yang tebal.

Jika diteliti pada peta, kita dapat melihat bentuk puncak gunung itu kelihatan seperti kawah gunung berapi yang diliputi hutan tebal.

Caldera G. Maria. FOTO: Google

Aktiviti volkanik terakhir di gunung setinggi 1,096 meter itu berlaku kira-kira 27,000 tahun lampau. Selain Gunung Maria, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.

Menurut Pensyarah Sains Gempa Bumi Universiti Malaysia Sabah, Dr. Felix Tongkul (gambar), gunung tersebut kini sudah mati dan tidak akan meletus lagi pada masa depan.

Ini kerana katanya, aktiviti gunung berapi di bahagian timur Sabah telah bergerak ke arah kepulauan Sulu di Filipina.

“Selain di Tawau, ada juga bekas gunung berapi purba yang hampir tenggelam di perairan Semporna iaitu di Pulau Gaya dan Pulau Bohey Dulang,” katanya kepada S2.


Bohey Dulang. FOTO: dphotographer

Felix berkata, terdapat banyak mata air panas yang mengeluarkan haba dari kawasan gunung itu, namun keadaan itu tidak akan mencetuskan semula letusan gunung berapi pada zaman moden kini.

“Mata air di kolam air panas itu berpunca daripada rekahan di dalam bumi. Memang ada sisa-sisa haba tertinggal di sekitar gunung itu, tetapi keadaan itu tidak akan ‘menghidupkan’ semula gunung berapi yang telah lama pendam itu,” katanya.

Nota Penulis: Susunan bongkah-bongkah batu di tebing Sungai Balung, Tawau seperti dalam gambar dibawah menunjukkan bukti bahawa kawasan tersebut pernah mengalami aktiviti letusan gunung berapi suatu ketika dahulu.

Jabatan Mineral dan Geosains telahpun mengesahkan bahawa bongkah batu volkanik jenis 'basalt' yang tersusun rapi di tebing Sungai Balung, Tawau, berasal dari batu volkanik yang dianggarkan berusia tidak melebihi 27,000 tahun berdasarkan usia Gunung Maria yang terdiri dari batuan volkanik setinggi 1,096 meter dengan usia 27,000 tahun.

Batuan volkanik ini cuma boleh dijumpai di kawasan ini sahaja dan tidak di tempat-tempat lain di Sabah mahupun di seluruh Malaysia.

FOTO: Google Images

FOTO: Google Images

FOTO: Google Images


FOTO: Google Images

FOTO: Google Images

FOTO: Google Images

Negara kita juga telahpun beberapa kali dikejutkan dengan kejadian gempa bumi. Kejadian gempa bumi paling diingati ialah gempa bumi berskala Richter (SR) 6.0 di Kundasang pada 15 Jun 2015.

Gempa bumi terbaru yang menggegarkan negara pula berlaku pada 8 Mac 2018, jam 9.06 malam, berukuran 5.2 (SR) juga di Kundasang, Sabah.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon