Sunday, October 7, 2018

Mayat bayi dijumpai terapung dalam kolam belakang rumah penduduk kampung

Tags

Petang semalam (6/10/2018), seorang pengguna facebook bernama Mohd Afif Haziq Borhan telah kongsikan catatan berkaitan kes buang bayi yang dipercayai berlaku di Kampung Binsulok, Membakut Sabah.

Catatan di FB Mohd Afif

Berikut adalah catatan beliau;

Astagfirullah al-azim... Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Baru sebentar tadi ada sebuah berita yang amat menggemparkan bagi penduduk Kampung Binsulok, Membakut, Sabah dengan penemuan seorang mayat bayi lelaki yang dipercayai telah dibuang oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Kejadian ini berlaku antara waktu pagi hingga tengah hari. Polis masih menyiasat kes tersebut. Mayat bayi malang tersebut akan dibawa ke pusat forensik utk dibedah siasat. Sama2 kita doakan agar roh bayi lelaki ini ditempatkan di kalangan yang beriman... Al-Fatihah


Berikut adalah gambar-gambar di lokasi kejadian seperti yang dikongsikan olehnya;

Gambar di lokasi

Gambar di lokasi

Gambar di lokasi

Gambar di lokasi

Gambar di lokasi

Gambar di lokasi

Gambar di lokasi

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon