Thursday, October 4, 2018

Mayat Muhammad Ilham ditemui 800 meter dari lokasi 6 ahli BOMBA mati lemas

Tags

PUCHONG - Mayat remaja lelaki mangsa lemas, Muhammad Ilham Famy Mohammad Azzam, 17, ditemui dalam jarak 800 meter dari lokasi kejadian di lombong di Taman Putra Perdana di sini hari ini.

Ditemui. FOTO: ZAKI AMIRUDDIN

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa ditemui terapung 800 meter di atas air.


"Kita telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya khidmat Unit Pengesan Anjing (K9) dan pasukan penyelam bomba dan polis.

"Ketika kita sedang melakukan pemantauan 800 meter dari tempat kejadian, anggota penyelamat telah menemui mayat mangsa terapung.

"Mayat mangsa yang dijumpai telah dikenal pasti identitinya oleh keluarga.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk tujuan dibedah siasat," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Kes tersebut dikelaskan sebagai mati mengejut (SDR) dan operasi berakhir kira-kira pukul 6.30 petang. - K! ONLINE

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon