Friday, October 19, 2018

Misteri kehilangan empat sekeluarga hampir terbongkar selepas mangsa keempat ditemui selamat

Tags

PENEMUAN tiga mayat sekeluarga iaitu bapa, ibu dan seorang anak perempuan yang dipercayai mati lemas di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat di Arau dekat sini menimbulkan misteri dan persoalan apabila seorang lelaki yang dikatakan hilang bersama mereka selamat ditemui di sebuah lokasi di Sungai Petani, Kedah.

Suspek ditahan polis

Lelaki yang merupakan antara mangsa keempat yang dipercayai hilang dan dipercayai mati lemas iaitu Mohd. Zali Baharom, 37, ditemui di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan.


Sebelum ini, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, keempat-empat mangsa iaitu Baharom Ahmad, 66, dan isteri, Norman Pin, 64; serta dua anak mereka iaitu Norzalina, 35, ditemui lemas antara pukul 9 pagi dan 1 tengah hari sementara anak sulung, Mohd. Zali, 37, masih belum ditemui.

Menurut Noor Mushar, pihaknya menemui dua mayat wanita iaitu Norma yang hanyut di Sungai Tambun Tulang dan Norazalina di dalam Sungai Arau. Mayat Baharom kemudian ditemui pukul 1 tengah hari di tali air Kampung Che Ok beberapa kilometer dari tempat anaknya ditemui.

Suspek yang merupakan anak sulung bagi keluarga malang itu akan dibawa ke Mahkamah Kangar hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan kes.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon