Wednesday, October 17, 2018

Najib bakal berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan berkaitan 1MDB!

Tags

Malang nasib seorang mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak apabila pihak SPRM memaklumkan bahawa lebih banyak pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1MDB dalam masa terdekat.

Najib

Najib telahpun beberapa kali dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SPRM di Putrajaya termasuk semalam yang mengambil masa lebih enam jam.

Pada 4 Julai lalu, beliau didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


Seterusnya, pada 8 Ogos lepas, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada kegiatan haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lalu.

Pada 20 September, mantan perdana menteri itu sekali lagi didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM.

Najib mengaku tidak bersalah di mahkamah atas 32 pertuduhan tersebut. Mampukah Najib terlepas daripada hukuman apabila puluhan atau mungkin ratusan pertuduhan dikenakan terhadap beliau di mahkamah?

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon