Saturday, October 13, 2018

Najib berani kerana benar, arah pembantu peribadi buat laporan polis terhadapnya

Tags

NAJIB dalam status Facebook rasmi beliau, mengarahkan pembantu peribadinya membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembunuhan berprofail tinggi antaranya Altantuya Shaariibuu dan Anthony Kevin Morais.

Siapa berkata benar?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pembantu peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam (12/10/2018).

Status FB Najib

"Seperti saya maklumkan semalam selepas Kit Siang berdolak-dalik selama seminggu, di atas arahan saya, rakan sekerja saya telah membuat laporan polis terhadap saya supaya kes-kes pembunuhan ini boleh disiasat semula.

"Sekian lama, propaganda dan pemimpin PH telah mengaitkan nama saya kepada kes-kes pembunuhan ini kononnya saya adalah pembunuh.


"Sudah tiba nama saya dibersihkan dan keadilan dan kebenaran diberi kepada mangsa-mangsa dan keluarga mereka", tulis Najib dalam status laman FB rasminya semalam.

Laporan polis

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon