Sunday, October 14, 2018

Najib kelucuan dengan 'kepintaran' menteri-menteri Pakatan Harapan

Tags

BEKAS perdana menteri Malaysia, Najib Razak sekali lagi menaikkan status di laman FB rasminya dengan mempersoalkan sikap menteri-menteri PH yang sentiasa membuatkannya merasa pelik dan lucu.

Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Najib.

Status FB Najib

Lucu.

Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka.

Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.

Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.

Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen. Ataupun boleh buka browser dan Google cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan.


Mereka tahu. Malah ramai pemimpin mereka bekas pemimpin kerajaan BN.

Jadi mana satu penipuan yang mereka nak terus tegakkan sekarang? Kalau negara nak bankrap dulu, macam mana mereka boleh terfikir nak hapuskan tol?

Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka.

Demi siapa?

Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa.

Apakah kita terima begitu sahaja?

Dia ingat?

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon