Tuesday, October 9, 2018

Pegawai dan anggota polis bermasalah, 72 dipecat & 1,484 diambil tindakan tatatertib

Tags

KUALA LUMPUR - Seramai 72 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah dan salah laku sehingga September ini.

Fuzi (depan, tengah)


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, jumlah tersebut adalah bagi tempoh awal Januari sehingga September tahun ini yang diambil berikutan kesalahan tatatertib yang dilakukan pegawai dan anggota berkenaan.

“Pegawai dan anggota PDRM yang dibuang kerja terdiri daripada mereka yang berpangkat Superintendan, Deputi Superintendan dan anggota berpangkat rendah.

“Bukan itu sahaja, daripada jumlah tersebut (72), seramai 1,484 anggota dan pegawai diambil tindakan termasuk digantung tugas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Intergriti dan Pelancaran Jurnal Integriti PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Fuzi menambah mereka melakukan pelbagai kesalahan antaranya seperti salah laku kuasa, cuai, gagal hadir bertugas dan terbabit dengan aktiviti jenayah. - K! ONLINE

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon