Friday, October 5, 2018

Penyanyi Aishah beri tempoh tujuh hari kepada Datuk Vida

Tags

Juara Gegar Vaganza (GV) musim lepas,Wan Aishah Wan Arifin memberikan tempoh tujuh hari bermula hari ini kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) untuk memenuhi dua tuntutan yang dikemukakan melalui peguam yang mewakilinya berkaitan dengan isu pemberian hadiah berlian palsu selepas menjuarai pertandingan GV4.

Sidang akhbar


Aishah muncul dalam sidang akhbar hari ini bersama peguam dari Tetuan Khairul Mukhtar & Izwan Azmi menuntut dua perkara terhadap DSV seperti di bawah;

Tuntutan pertama:
Seutas rantai berlian asli dengan nilai setara dengan RM80,000 seperti yang direpresentasikan dan dihebohkan oleh DSV.


Tuntutan kedua:
Permohonan maaf secara terbuka kepada Aishah atas representasi salah yang telah dibuat dan dihebohkan berkenaan dengan rantai berlian tersebut.

Aishah berkata, tidak ada motif atau niat lain dalam apa yang dilakukannya hari ini sebaliknya tindakan yang diambil adalah atas dasar prinsip dan untuk dijadikan satu pengajaran iaitu; jangan mempergunakan nama artis untuk menjual produk atau iklan.

Menjawab soalan pemberita berhubung satu lagi penganjur yang tidak mengotakan janji memberi sebidang tanah lot banglo, beliau bersama peguam sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan kolektif.


Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon