Wednesday, October 24, 2018

Perkampungan orang asli 'terbelah' dua akibat pergerakan tanah

PERAK - Beberapa buah rumah di Kampung Pawong, Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Jalan Cameron Highlands, Ipoh mengalami keretakan selepas dipercayai berlakunya pergerakan tanah di kampung berkenaan, semalam (23/10/2018).

Kg. Pawong

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 3.03 petang sebelum sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan di kampung berkenaan.

JBPM sedang buat pemantauan

Tanah terbelah

Setakat ini, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pihak JBPM akan memaklumkan perkembangan kes itu selepas pemantauan dijalankan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Hairulnizam Abd Rahman, ketika dihubungi media NSTP berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan mengarahkan semua penduduk yang kediaman mereka terjejas akibat pergerakan tanah itu supaya berpindah ke lokasi lebih selamat.

Menurut Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Perak, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil, siasatan lanjut di lapangan telahpun dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Perak untuk mencari punca kejadian dan laporan mengenai hasil dapatan siasatan akan dimaklumkan sebaik ia diperolehi.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon