Sunday, October 14, 2018

PM Malaysia dalam penantian akan angkat sumpah pada hari Isnin

Tags

BAKAL perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Isnin (15/10/2018) selepas beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson semalam.

Anwar dan Tun M


Perkara tersebut disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff kepada Bernama semalam melalui WhatsApp.

Pada PRK semalam, Anwar (71), memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas; Saiful Bukhari Azlan (82 undi); Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230 undi); Lau Seck Yan (214 undi); Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon