Friday, October 26, 2018

Prabu, rakyat Malaysia telah dihukum gantung di Singapura

Tags

Rakyat Malaysia, Prabu N. Pathmanathan telah dihukum gantung di penjara Changi, Singapura pada waktu Subuh hari ini bagi kesalahan menyeludup dadah.

Prabu N. Pathmanathan

Perkara tersebut disahkan oleh peguam N. Surendran yang mewakili keluarga lelaki itu.

Menurut Surendran, Pejabat Presiden Singapura menghantar surat kepada keluarga Prabu bagi menjawab petisyen pengampunan yang dikemukakan mereka lewat malam tadi.

Surat itu menyatakan "proses pengampunan telah dimuktamadkan" dan "kami tidak dapat memenuhi permintaan anda", katanya.

Difahamkan, keluarga Prabu telahpun menuntut mayatnya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon