Monday, October 15, 2018

Remaja berusia 18 tahun mati ketika melahirkan anak dalam bilik air

Tags

SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun mati ketika melahirkan anaknya di Taman Tenggara, Parit Buntar petang semalam.

Lokasi kejadian

Lokasi kejadian


Remaja perempuan bersama bayi tersebut ditemui meninggal dunia oleh ahli keluarganya di dalam bilik air kira-kira pukul 2.00 petang sebelum satu laporan polis dibuat oleh ahli keluarga berkenaan.

Mayat remaja dan anaknya itu telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pihak media.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon