Sunday, October 7, 2018

Remaja menempuh perjalanan lima jam ke hospital bersama ular kapak yang mematuknya

Tags

Seorang remaja lelaki yang dipatuk ular kapak pada kakinya terpaksa menempuh perjalanan selama lima jam ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan malam kelmarin.

Ular diserahkan kepada APM

Remaja berusia 16 tahun itu dipatuk reptilia sepanjang satu meter di kampungnya di Long Loyang, Baram.

Keluarga mangsa membawa mangsa dan ular tersebut yang disimpan dalam bekas khas ke hospital menggunakan jalan balak.


Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten (PA) Hazlee Shah Abd Hamid, mereka menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital yang mahu menyerahkan ular itu di wad kecemasan, jam 9.16 malam.

"Doktor bertugas memaklumkan ular itu dibawa keluarga mangsa. Kami membawa reptilia terbabit ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Miri sebelum dilepaskan semula ke hutan yang jauh dari penempatan," katanya.

Keadaan mangsa stabil dan perlu diberi rawatan sebelum dibenarkan pulang selepas doktor berpuas hati dengan keadaan kesihatannya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon